~Nor Hasima bt. Amri~

~D20112054176~

~Guru Prasekolah SK. King Edward VII(1) Taiping.~

RPH



3.0 RANCANGAN PENGAJARAN

3.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK ( SLOT PENGAJARAN )
KELAS                                               : PRASEKOLAH 
TARIKH                                             : 5.9.2012
HARI                                                  : RABU
MASA                                                 : 30 MINIT
BILANGAN MURID                                     : 15 ORANG
MODUL                                              : TERAS ASAS
TAJUK                                               : OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10
TUNJANG                                         : SAINS DAN TEKNOLOGI
                                                              (ST 8.0) Operasi Nombor
STANDARD KANDUNGAN         :  (ST 8.1) Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10
STANDARD PEMBELAJARAN    : (ST 8.1.2) Menyatakan hasil tambah dengan membilang terus dari suatu nombor sehingga nilai 10 (Counting all and Counting on).
STANDARD PEMBELAJARAN YANG DISEPADUKAN
1.    (ST 7.1.8) Menulis nombor 1-10 mengikut cara yang betul.
2.    (PSE 3.2.2) Bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti.
3.    (PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.
4.    (KTI 2.1.4) Menyanyi lagu yang mudah dengan sebutan yang jelas.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN       : Pada akhir pengajaran  murid dapat:
i.              Meneka jawapan dengan jawapan yang betul.
ii.            Membilang objek dengan betul.
iii.           Menyatakan hasil tambah dengan membilang terus dari suatu nombor sehingga nilai sepuluh.
iv.           Memahami konsep penambahan.
v.            Menyiapkan tugasan dengan baik.

KONSEP UTAMA                            : Memahami operasi tambah.
KOSA KATA                                     : Tambah, simbol tambah(+), Nombor,
                                                               angka 0, 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10, sama dengan                                                                               (=).
PENGETAHUAN SEDIA ADA           : Murid pernah mengenal angka 0 hingga 10 dan   murid  pernah menjalankan aktiviti operasi tambah.
PENERAPAN NILAI                            : sabar, berani, bekerjasama.
KEMAHIRAN BERFIKIR                     : Menyelesaikan masalah yang diberikan.
ALATAN DAN BAHAN                        : Bekas lutsinar, guli, kad-kad hasil tambah, Roda Impian, lembaran kerja.



LANGKAH PENGAJARAN:
LANGKAH
PENGAJARAN
ISI KANDUNGAN
BUTIRAN AKTIVITI
BAHAN/
CATATAN

Set Induksi
5 Minit

Cuba jaya
1.    Guru menunjukkan dua bekas lutsinar, satu berisi guli dan satu lagi bekas kosong.
2.    Guru memanggil seorang murid dan murid tersebut akan memasukkan satu demi satu guli ke dalam balang yang kosong dan murid meneka apa yang berlaku pada balang yang kosong tadi.
3.    Soal jawab berlaku.
4.    Guru memperkenalkan simbol tambah dan sama dengan.

- Balang lutsinar
- guli

Langkah 1
10 Minit

Tambah secara lisan dan bertulis
1.    Guru menunjuk bagaimana operasi tambah berlaku. Guru menggunakan pembilang untuk menerangkan kepada murid.
2.    Guru akan memberikan murid pembilang, dan guru akan memanggil dua orang murid dan mereka akan menggabungkan pembilang yang mereka ada. Setelah itu mereka akan memberikan jawapan.
3.    Guru juga memberi penerangan menggunakan pembilang agar murid lebih memahami.



- kad simbol
-Kad nombor
-Pembilang.

Langkah 2
10 Minit


Bermain sambil mencari soalan
1.    Guru mempamerkan Roda Impian dan guru menerangkan cara untuk bermain.
2.     Murid akan diberi nombor dan setelah nombor mereka mengenai pada roda impian murid akan tampil ke hadapan dam memilih soalan dan meminta rakan yang dipilih untuk menjawab. Guru akan membantu dalam permainan ini. Aktiviti ini akan berjalan selama lima hingga 6 pusingan.
3.    Setelah itu guru sendiri yang akan memberikan soalan dan murid yang dipilih akan menjawab soalan dan diberi ganjaran.


- Kad-kad nombor
- gula-gula
Penutup
5 Minit
Aktiviti pengukuhan
1.    Guru akan mengedarkan lembaran kerja. Guru akan membantu murid yang lemah.
Lembaran kerja





3.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS ( SLOT PENGAJARAN )
KELAS                                               : PRASEKOLAH 
TARIKH                                             : 6.9.2012
HARI                                                  : KHAMIS
MASA                                                 : 30 MINIT
BILANGAN MURID                                     : 15 ORANG
MODUL                                              : TEMA
TEMA                                                 :AIR
SUB TEMA                                        :LARUT DAN TIDAK LARUT                                            
TUNJANG                                         : SAINS DAN TEKNOLOGI
FOKUS                                              : ST 4.0 MENYIASAT ALAM BAHAN
STANDARD KANDUNGAN          : S.T 4.1 MENEROKA SIFAT UMUM BAHAN
STANDARD PEMBELAJARAN    : S.T 4.1.3 mengasingkan bahan kepada yang larut dan tidak larut ke dalam air.
STANDARD PEMBELAJARAN YANG DISEPADUKAN: B.M 3.6.2 membaca farsa dengan sebutan yang betul.
OBJEKTIF                                         : selepas proses pengajaran murid dapat:
1.    Dapat membezakan rasa dengan menggunakan lidah.
2.    Mengetahui bahan yang larut dan tidak larut dalam air.
3.    Dapat menjalankan kajian sendiri berkaitan bahan larut dan tidak larut.
4.    Mengasingkan perkataan berdasarkan pengetahuan murid.
                          KONSEP UTAMA                           : larut dan tidak larut
                        KOSA KATA                                     : Gula, garam, batu, pasir, susu, beras, milo
                        PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID : Murid mengenal bahan yang disediakan oleh
                                                                                                guru.  
                        PENERAPAN NILAI                                    : sabar, kerjasama, berani
                        KEMAHIRAN BERFIKIR                : membuat ramalan
                        ALAT DAN BAHAN                         : Gula, garam, batu, pasir, susu, beras, milo,bekas
                                                                                    lutsinar, kad perkataan, lembaran kerja.
                       

LANGKAH PENGAJARAN:
LANGKAH
PENGAJARAN
ISI KANDUNGAN
BUTIRAN AKTIVITI
BAHAN/CATATAN

Set Induksi
5 Minit

Set induksi
1.    Guru mempamerkan bahan-bahan seperti milo, susu, batu, garam, pasir, gula dan beras. Murid akan cubaa meneka apa yang di bawa oleh guru.
2.    Guru memanggil murid untuk  merasa dan menceritakan apa yang dirasa. Setiap bahan yang boleh dimakan sahaja. Bahan yang tidak boleh di makan hanya di pegang oleh murid.
3.    Guru mempamerkan bahan yang di bawa kepada murid dan murid bersama guru menyebut bahan tersebut.
Bahan-bahan seperti milo, garam gula pasir, batu, beras, milo, susu bekas air, sudu

Langkah 1
10 Minit

eksperimen
1.    Guru membawa masuk balang yang berisi air dan murid meneka apa yang akan dilakukan oleh guru.
2.    Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan kecil dan memberikan mereka satu balang air dan bahan –bahan tersebut.
3.    Guru akan  meminta murid berfikir apa yang patut dibuat setelah bahan tersebut diedarkan. (guru melihat tahap kognitif murid).
4.    Setelah itu, guru akan menerangkan apa yang patut dilakukan oleh murid dan murid menceritakan hasil uji kaji kepada guru.
Balang air, sudu
Bahan-bahan seperti milo, garam gula pasir, batu, beras, milo, susu.

Langkah 2
10 Minit
Bersoal jawab dan mengkategori
1.    Guru dan murid bersoal jawab apa yang berlaku terhadap eksperimen sebantar tadi.
2.    Guru akan meminta setiap wakil kumpulan menceritakan apa yang berlaku.
3.    Guru akan memberi murid memegang kad perkataan bahan larut dan tidak larut. Setelah itu kad perkataan akan diberikan kepada murid yang lain. Murid akan membaca kad perkataan dan murid akan pergi kepada kumpulan perkataan yang sepatutnya. Contoh perkataan susu akan pergi pada rakan yang memegang kad bahan larut dan seterusnya.
Kad perkataan
Bahan larut dan tidak larut seperti:
milo, garam gula pasir, batu, beras, milo, susu bekas air.

Penutup
5 Minit

Latihan pengukuhan
1.    Guru memberi penerangan berkaitan dengan latihan.
2.    Murid akan menulis perkataan yang larut dan tidak larut ke dalam lembaran kerja (latihan penulisan).
3.    Guru akan menbantu dalam aktiviti ini.

Lembaran kerja








RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Hari                                         :  Selasa                  
Tarikh                                      :  09.10.2012
Masa                                       :  40 minit       
Lingkungan Umur                   :  5 Tahun       
Bilangan Kanak-kanak           :  20 orang
Tajuk                                      :  Mengenal suku kata terbuka(kv)  
Sub tajuk                                 :  MeMbina perkataan daripada cantuman suku kata          
Tunjang Utama                       :  Komunikasi Bahasa Malaysia
Standard Kandungan              :  BM 3.5    Membaca perkataan
Standard Pembelajaran Murid: BM 3.5.1 Membatangkan(mengeja sambil membaca) dua suku
                                                                 kata untuk menjadi perkataan
Objektif Pembelajaran            :  Pada akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat:
   1.  Mengeja perkataan yang mempunyai dua suku kata
        terbuka(kvkv) dengan bimbingan guru.
   2.  Membina dua suku kata terbuka menjadi perkataan  
        bermakna dengan bimbingan guru.
Bahan Bantu Mengajar           :   botol mineral kosong, guli, kad gambar, kad suku kata,manila
                                                   kad  
.Pengetahuan Sedia Ada        :   Kanak-kanak telah mempelajari abjad dan  mengeja suku
                                                   kata mudah.
Penerapan Nilai                      :   berdisiplin, tekun, bekerjasama                                                               
Kepelbagaian Kecerdasan      :   Kemahiran lingistik, kecerdasan kesedaran ruang, kinestetik
                                                   dan kecerdasan Interpersonal
Strategi                                   :   Belajar melalui bermain








Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Impak / BBM
SetInduksi
(5minit)

Meneka objek
-       guli
-       pili
-       cili
-       tali

bersoaljawab

1. Guru menggoncangkan
    botol berisi guli.


2.  Guru membuat
     pergerakan atau
     menggayakan objek
     dan meminta murid
     meneka objek yang
     digayakan.
   - pili, cili, tali
1. Murid meneka objek
   yang terdapat di dalam
   botol melalui bunyi yang
   didengar.
2. Murid meneka
    perbuatan guru dan 
    menamakan objek yang
   digayakan.
Botol mineral kosong, guli
Langkah 1
(8 minit)
Menamakan gambar
http://www.qacps.k12.md.us/ces/clipart/Carson%20Dellosa%20Clipart/Carson%20Dellosa%20Seasons,%20Holidays,%20and%20Celebrations/Images/Black%20and%20White%20Images/Spring%20Clip%20Art/CHILI_PEPPER_BW.bmp
http://www.arthursclipart.org/toys/toysbw/MARBLES.gifhttp://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSzWuAetFKsTIEPWZ4v4OTsNfP_3C3j1dp4UUhmJ2MJPdB8-Pgq
http://etc.usf.edu/clipart/4400/4470/tap_1_md.gif
1. Guru menampal 
    gambar satu persatu
    dan mefokuskan
    perkataan yang akan
    diajar.
2. Guru menerapkan nilai
    murni dan
    penggabungjalinan
    mata pelajaran
    daripada setiap gambar.
1.  Murid menamakan
     gambar yang
     ditunjukkan.


2.  Murid bersoaljawab
    tentang fungsi setiap
    gambar.

Kad gambar
Langkah 2
Mengeja perkataan(membatang suku kata)
Contoh:

li
 

ci
 
http://www.qacps.k12.md.us/ces/clipart/Carson%20Dellosa%20Clipart/Carson%20Dellosa%20Seasons,%20Holidays,%20and%20Celebrations/Images/Black%20and%20White%20Images/Spring%20Clip%20Art/CHILI_PEPPER_BW.bmp
1.  Guru mempamerkan
     kad gambar dan kad
     suku kata.
2.  Guru meminta murid
     memilih dan menampal
     kad suku kata yang
     betul dengan bimbingan
    guru.
1. Murid memadankan kad
    suku kata yang betul
    berdasarkan gambar.
2.  Latih tubi mengeja.
3.  Aktiviti diulangi dengan
     kad gambar yang lain.

Kad gambar, kad suku kata

Langkah 3
Pertandingan memadan gambar dengan suku kata yang betul
1.  Guru menerangkan
     kaedah permainan di
     mana murid akan
     menampal gambar dan
     kad suku kata yang
     betul berdasarkan topik
     yang dipelajari.
2.  Guru membahagikan
     murid kepada 5
     kumpulan.
1.  Murid berada di dalam
     kumpulan yang
    ditetapkan oleh guru
     iaitu 5 kumpulan kecil..
2.  Murid mendengar
    penerangan guru.
3.  Setiap murid diberi
    giliran unatuk menampal
    gambar dan
    memadankan kad suku
    kata yang betul
    berdasarkan gambar.

Kad gambar, kad suku kata, manila kad
Langkah 4
(5 minit)
Menilai jawapan setiap kumpulan
1.  Guru mempamerkan
     hasil jawapan setiap
     kumpulan dan
     membuat penilaian
1.  Murid melihat hasil
     jawapan setiap
     kumpulan dan sama-
     sama menilai jawapan
     yang diberikan sama
     ada betul atau salah.
Hasil kerja kumpulan
Langkah 5
(5 minit)
Pengukuhan
-menguji minda
1.  Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberi penerangan ringkas.
1.  Murid menulis suku
     kata yang betul
     berdasarkan gambar di
     dalam ruangan yang
     disediakan.
Lembaran kerja(rujuk lampiran)
Penutup
(5 minit)
Soaljawab
1.  bersoaljawab kembali
     perkataan yang
     dipelajari.
2.  guru menunjukkan kad
     suku kata secara
     rawak.
1.  Murid mengeja semua
     kad suku kata yang
     dipelajari hari ini melalui
     kad yang ditunjukkan
     oleh guru.
Kad suku kata
                                                                                                                                     

1 ulasan: